Percutian Keluarga 2013

Salam Bloggers and Forumers..

Hari ni akak agak busy kononnya dengan uncle google, click here, click there..memula ingat nak bawak anak2 ke Betong, Thailand unt percutian keluarga akak kali ini...tapi bila dapat info negative dan ngikut budget akak yang tak seberapa, maka akak decide bawak anak2 ke Pangkor Island aje.

Target nak bergerak pada 1st week of December 2013.  So bermula la pencarian Hotel dan Transport while akak sekeluarga disana nanti.

Menjadi kebiasaan akak, setiap hujung tahun akak adik beradik akak berbincang kemana hala tujuan percutian kami, kali ni kata sepakat akak ke Pulau Pangkor aje, ye laa..petrol pun dah up, drive jauh2 kang tak berbaloi plak, nak naik flight, budget plak tak berapa nak ngam kali ini.  So ini aje yang termampu di pikirkan..



Akak dilema samada nak ambik apartment or chalet.  Target kalo mudah nak area2 Pantai Nipah sbbnya hasil uncle google Pantai Nipah lebih happening, pantai dekat, makanan senang, kedai2 cenderahati pun banyak.  Group akak ada 5 family apprx dlm 20-22 org + kids.  Kalo ambik chalet memang kena 5 biji, apartment 2-3 blk, mungkin cuma diperlukan 2 sahaja.

So u'olls kalo ada cadangan or pernah alami situasi percutian di Pulau Pangkor dlm group family yang ramai, boleh la share2 dgn akak, sharing is caring maaa:)

 Feri membawa penumpang pergi dan balik dari Lumut-PP-Lumut.  Mengikut hasil carian uncle google, naik drp Jeti Marina lebih cepat, cuma dlm 15 mins dah sampai ke Jeti PP.  Tambang RM10 dewasa, RM5 Kanak2.  So bagi yang mabuk laut sesuai la naik drp Jeti Marina ni, masa kena lambung ombak pun tak lama, sempat la kemah kemit menahan pening/muntah.

 Pantai2 di PP yang bersih, air yang jernih, memang sesuai bagi anak2 yang gemarkan aktiviti pantai ..

 Coral dan pelbagai jenis Ikan...bebas berkeliaran tanpa memikirkan masalah semasa..hikk

 Pool yang disediakan oleh sesetengah hotel..w/pjarak dengan pantai sepelaung aje..

Barisan Teksi yang menanti pengunjung ke PP, unt diangkut bersiar2 sekitar pulau atau ke hotel dengan charge yang minima...ye ke??



Harap2 percutian dan perancangan akak sefamily kali ini menjadik kenangan indah unt anak2...


Nota kaki lawang : Pix taken hasil drp uncle google, credit kepada yang empunya blog.

Comments